Pantai Terongkungan ini dinamakan sempena nama pokok yang dinamakan Bongkurungon dimana pokok itu berbuah lebat dan tidak didapati dimanapun tempat. Itu sebab tempat itu dinamakan Torongkungan. Di sebelah pantai berhadapan Batu Mandi adalah kawasan pantai yang sangat tenteram dan bebas dari ombak besar. Kawasan tersebut juga merupakan tempat berdagang secara barter dizaman dulu diantara suku kaum rungus, pedagang cina, pedagang suluk dan Brunai namun disebabkan ketidaktenteraman penjaga Batu Mandi maka kawasan laut pada masa kini menjadi haru biru. Jika ada kapal asing yang lalu dikawasan pesisir pantai laut Terongkongan dengan tidak semena-mena kawasan laut itu akan bergelora dengan tiba-tiba seterusnya menenggelamkan kapal yang lalu disitu. Saya teringat waktu saya kecil ada kapal besar dari Filipina yang melalui perairan laut Pesisir pantai Terongkungan. Kapal tersebut tenggelam kerana terlanggar Batu Mandi. Ramai orang yang hanyut ada yang hidup dan mati ditemui terdampar dipesisir pantai Terongkongan.
Disebelah kanan pantai terongkongan pula kita akan menjumpai tasik dan gua yang dinamakan Gua Tindakon. Gua ini juga dipanggil “Titindakon Dazang” ini kerana mengikut Lagendanya gadis dari Sulu dipanggil Dayang atau dalam bahasa rungus “Dazang” datang berdagang dikawasan itu bersama keluarganya. Beliau melalui gua itu dan mendapati tidak ada laluan keseberang pantai tersebut. Cuma ada dua pilihan sama ada melalui hutan tebal dan berduri dibelakang gua ataupun melompat seperti atlit menyeberangi batuan yang berair. Kalau tak, pasti jatuh kedalam laut yang dalam dan dibawa masuk kedalam gua sudah pasti maut menimpa. Namun gadis itu dapat menyeberanginya dengan menggunakan akal dan taktik tertentu. Maka Dazang tersebut pun menawarkan diri untuk dikhawini jika sesiapa berjaya menyeberang namun tidak ada seorang pun yang mencuba kerana takut dibaham oleh penjaga gua sekiranya jatuh kedalam air tersebut.
Walau bagaimanapun, kata Nenek Moyang saya dikawasan itu kena berhati-hati kerana Lumaag nya tinggal disitu. Katanya penjaga di Batu Mandi itu adalah adik beradik dengan Lumaag di Gua Tindakon tersebut. Nenek saya pernah cerita nama adik-beradik setiap Lumaag itu tapi saya sudah lupa. Ini kerana nenek saya sebelum meninggal merupakan salah seorang Bobolizan dikampung tersebut. Semua perkara yang berlaku dan akan berlaku dikampung itu akan diberitahu oleh Lumaag tersebut seolah-olah tidak ada lagi Orang yang berilmu kebal maka dialah yang memainkan peranan menjaga bangsa ini. Sekarang Lumaag itu menghinggapi Ibu saya kerana dia merupakan generasi kepada Nenek saya dari Nenek Moyang lagi.
Yang menariknya tentang pantai ini adalah keadaan bentuk mukabuminya yang sangat cantik seolah-olah diukir-ukir oleh penjaga pantai itu. Dan lagi satu kalau kita berjalan dipesisir sebelah pantai Gua Tindakon iaitu dimana Dazang menyeberang kita akan menjumpai ketam yang telah bertukar menjadi batu mengikut kepercayaan nenek saya ketam itu telah disumpah oleh penjaga gua itu kerana telah memberi ilham kepada Orang Asing untuk melalui tempat itu kerana ketam pandai menyelusuri batu-batan.
Pada masa ini, kawasan laut tindakon itu tidak pernah tenteram asik bergelora cuma ada masa-masa tertentu sahaja lautnya akan senyap tapi kena berhati-hati bila mandi atau berada dikawasan itu sebelum penjaganya berang. Pernah suatu ketika dulu, ramai budak-budak dari kampung lain datang mandi manda tepi pantai itu. Kanak-kanak tersebut sangat bising dengan tidak semena-mena ada seperti arus menyedutnya masuk kedalam air dan ini menyebabkannya mati lemas. Memang pantai torongkungan sangat cantik tapi kena berhati-hati kerana tempat itu adalah tempat suci mahkluk halus disana.
Satu lagi yang menarik adalah pantai torongkungan ini juga dihubungkan dengan kawasan laut laluan naga. Ini kerana ada segelintir penduduk disitu yang selalu menyaksikan seperti puting beliung yang betul-betul menyerupai naga dari tengah laut naik ke atas awan. Saya juga selalu menyaksikannya sewaktu saya masih kecil. Melalui seni tarian suku kaum rungus, tarian tersebut akan ditarikan oleh 7 orang perempuan dengan seorang lelaki. Penari lelaki inilah yang akan mengepalai kumpulan penari tersebut. Pergerakan tarian ini dihubungkan dengan pertahanan dari jajahan bangsa asing, penempatan dan pertanian yang diabadikan seperti naga.
SILA LIHAT GAMBAR-GAMBAR PANTAI TERONGKUNGAN DAN GUA TINDAKAN
http://lukisan-gambar-rungus.blogspot.com/2009/01/pantai-terongkungan-dan-gua-tindakon.html