Wednesday, December 3, 2008

SENI BINA DAN PUTARAN KALENDAR MASYARAKAT RUNGUS

Momogun sudah lama tinggal di pesisiran pantai. Kudat, Marudu dan Pitas misalnya sejak ribu-ribu tahun yang lalu sudah di kuasai oleh Momogun Rungus.

Semenanjung Kudat, Semenanjung Bengkoka dan Teluk Bandau merupakan petempatan purba Momogun dan mempunyai sejarah perdagangan barter yang amat panjang.

Momogun Utara ini juga merupakan di komuniti laut dan bukit di mana kedua-duanya adalah cara hidup mereka. Sebagai contoh aktiviti laut Momogun rungus ini menyebabkan mereka mahir membina pelbagai perahu iaitu:

  • Gubang [pesisir pantai saja]
  • Talzud [untuk di gunakan di sungai air masin]
  • Kumpit [ada sulap dalam perahu di gunakan untuk belayar sekitar Kudat, bandau, pitas]
  • Pangki [di pesisir pantai dan bentuknya macam helicopter]
  • Lzazag [kapal layar momogun, ada sulap berbilik utk simpan barangan dagang, di gunakan untuk belayar ke beluran, kinabatangan, palawan, tampasok, labuan, brunei dll]

semua ini merupakan seni bina dan nama-nama dalam bahasa Momogun sendiri.

Manakala kalender dalam Momogun Rungus memperuntukan beberapa pembahagian aktiviti tahunan berdasarkan musim yg di tentukan oleh beberapa faktor kemasyarakatan momogun iaitu oleh pengaruh keagamaan, pertanian dan tradisi. Disebabkan faktor kebudayaan itu maka terhasillah istilah musim-musim ini dalam setiap tahun Momogun iaitu :

1. Musim Kokotuan / Kaamatan [vulan ko-1 kumad vulzan ko-3]

  • Kaamatan utk Dewa padi bambarazon [Tahun Baru menuai ] - bulan 4
  • Tumutu om Monidang [bulan 5]
  • Perayaan Roh orang mati [Magahau, mamapak (papak tavasi/papak taraat] bulan 6

2. Hiza Mongindahat /petempatan Momogun ke pesisir pantai [Musim berdagang] Vulan ka-4 kumad vulan ko-6.

  • Magasin [selepas musim perayaan roh orang mati] bulan 7
  • Magapuw [selepas Magasin, terus disambung kepada magapuw] bulan 8
  • Monombilzis & Monongipun - bulan 9
    - Golongan wanita momogun pada masa ini biasanya membina penanaman kapas utk menenun kain dan pakaian keluarga

3. Hiza Mitagad / Musim Berladang vulan ko-7 kumad vulan ko-9

  • Rumilzik [bulan 10]
  • Mongintavun & Mangasok [bulan 11]
  • Monginsakot & Momodsu parai [bulan 12]

4. Hiza Momuhau & Momuun vulan ko-10 kumad ko-12

  • Momuhau & Mongugad [bulan 1-2]
  • Momuun Parai [bulan 3]

Demikianlah putaran kalendar masyarakat Momogun Rungus

By Bushido

7 comments:

Anonymous said...

avantang....

inspirasi bersama said...

satu usaha yang baik untuk bangsa kita......lagi satu kemuskilan saya ialah adakah di negara2 yang maju mempunyai bangsa rungus...tak mustahil

inspirasi bersama said...

moki maaf ong keluar tajuk ti soalan ku....
patutkah kita menghapuskan adat,budaya dan kepercayaan org rungus(pagan)

Unknown said...

Torima kasih diti info nu, ogumu nabaradzal ku ti sinurat nu.
avantang dara ong insan tadau varo buuk tantu do inantadon do Rungus, supaya nga avaris do ranjat di Aki Rungsud.

Unknown said...

Mulong ko sid sodu kadan polingan sombo tinantadon..

jikao said...

Rungus sekrng bukan lagi dalam suku kaum kadazandusun..rungus is rungus..

PORTAL GEOGRAFI said...

apa ni blh tlong ka,apa sejarah tarian mongigol ah